
Sulit
5 tahun
Masalah vigina cyst dan darah keluar ketika bersama
Salam sejahtera, saya berumur 31 tahundan ingin bertanyakan tentang 2 perkara …maaf sekiranya pertanyaan saya seikit mengelirukan.
vagina cyst - benjolan yang mengandungi cecair lendir…kedudukan dilaluan vagina (dapat dirasa dari luar ketika membersihkan vagina) lendir pernah dikeluarkan semasa melahirkan anak ke 2…dan sekarang benjolan tersebut masih ada.apakah rawatan yang boleh dilakukan bagi menghilangkan cyst tersebut? saya tidak pasti adakah cyst tersebut sakit atau tidak cuma agak terganggu bila benjolan itu membesar (anggaran saiz 2 ke 3cm yang pernah pakar O&g nyatakan - lebih kurang 5tahun lepas)
masalah haid - pada 8 apr (hari pertama haid) 12 apr (hari terakhir)…pada 22 apr (hari ke 10 selepas haid - ketika bersama ada sekidit darah keluar) adakah darah yang keluar adalah darah haid atau penyakit? adakah masalah No. 1 menjadi punca kepada darah yang keluar?
sekian pertanyaan saya, terima kasih.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, antara rawatan untuk masalah cyst pada vagina ialah:
- Mandi sitz (berendam dalam air suam supaya cyst tersebut pecah dengan sendirinya dan pulih dengan sendirinya)
- Pembuangan secara pembedahan
- Pemakanan antibiotik jika ianya melibatkan jangkitan bakteria
Masalah haid tidak teratur pula boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.