
Sulit
4 tahun
Mengalami Batuk Kahak dan nak bernafas panjang rasa tersekat dan pendek
Helo, saya lelaki dalam umur 24tahun. Baru-baru ni saya mengalami sakit tekak dan diikuti batuk berkahak. Walaupun sakit tekak semakin kurang tapi kahak masih berada dalam tekak. Sering juga batuk terlampau kuat hingga rasa penat sebab kahak terlekat. Semalam batuk teruk hingga makanan sahur dimuntahkan tapi skrg sudah kurang batuk. Apa pendapat Doktor tentang kes ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Karang di dalam tonsil
- Jangkitan telinga
- Jangkitan saluran pernafasan
- Serangan asma
- Refluks asid atau GERD
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Masih mengalami masalah batuk berkahak? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.