Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mengalami demam, batuk berpanjangan dan sakit tekak

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 20, 2020 2:05 AM

Sulit 55 hari

Saya mengalami demam dan batuk berpanjangan beserta kahak yg berketul dan mengakibatkatkan keradangan tekak. Perlu ke saya kuarantin diri dirumah? Majikan saya tak benarkan saya datang ke pejabat

Dr Ramzdhan 55 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah demam terjadi apabila badan bertindak balas terhadap patogen atau jangkitan pada badan. Suhu normal badan ialah antara 36.5 ke 37.5 darjah selsius dan diperiksa samada di dalam mulut, ketiak ataupun di dalam lubang dubur. Demam boleh disebabkan oleh:

  • Demam denggi

  • Demam malaria

  • Jangkitan leptospirosis

  • Jangkitan tifoid

  • Tuberkulosis

  • Tonsilitis

  • Allergic rhinitis

  • Pharyngitis (Jangkitan di tekak)

  • Jangkitan di telinga (otitis media)

Sakit tekak secara amnya boleh disebabkan oleh:

  • Allergic rhinitis
  • Tonsilitis
  • Pharyngitis
  • Jangkitan bakteria atau virus yang lain

Batuk boleh disebabkan oleh:

Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:

Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan tempat yang terjejas, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Dikemaskini pada: Wed May 20 2020 02:05:14 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Batuk dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Batuk, Keletihan dan Sakit Kepala Hi. Saya telah mengalami gejala batuk lebih sebulan yang lalu dan telah merujuk kepada doktor klinik swasta, Dan doktor mengesahkan saya cuma batuk biasa. Tetapi gejala batuk saya tidak berkuran… Baca lagi...
54 hari
ppfwawahasan87
Batuk tanpa sebab selepas pulih dari penyakit Tibi Saya merupakan wanita berusia 30an… Saya ingin bertanya, adakah normal untuk seorang pesakit Tibi yang telah sembuh dari penyakit ini dan selesai rawatan selama 6 bulan tetapi menghidap batuk berpanja… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Saya alami berkahak tapi tidak ada batuk kering mcm tu. cuma rasa berkahak dan cuba batuk untuk keluarkan dan susha nak keluar Assalamualaikum dan selamat malam doctor. sy mengalami berkahak sudah dlm lebih kurg beberapa bulan. dan saya dapati kahak sy ada mcm bintik2 hitam. saya sudah berhenti merokok sejak 2 atau 3 ta… Baca lagi...
42 hari
Sulit
Batuk selepas memakai mask Hi…Saya selalu mengalami gejala batuk selepas saya memakai mask… Adakah ia batuk biasa atau saya mempunyai masalah lain? Terima kasih… Baca lagi...
35 hari
Sulit
Batuk berpanjangan selama 3minggu Saya mengalami batuk yg lebih kurang 3 minggu .sekarang sudah ada selsema ,kahak ,demam .apakah ubat yang sesuai ? Baca lagi...
32 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi