Sulit
4 tahun
Mengambil postinor semasa subur
Saya telah menjalinkan hubungan tanoa selindung. Dan saya telah mengambil postinor selepas bersetubuh. Dan pada keesokkan harinya, saya bersetubuh lagi denngan suami dalam masa 24jam setelah mengambil sepapan postinor dan dalam masa yang sama, sy mengalami ovulasi. Adakah kebarangkali akan terhamil tinggi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, dianggarkan bahawa Postinor akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Memandangkan tidak dijelaskan berapa jam setelah persetubuhan pertama dan kedua, justeru kami tidak boleh memberikan peratusan yang pasti.
Sekiranya anda adalah aktif secara seksual dan mahu mencegah kehamilan, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUCD atau suntikan perancang ataupun pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang. Hal ini kerana pil perancang kecemasan hanya boleh digunakan satu kali sahaja dalam setiap kitaran haid.
Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.