Sulit
3 tahun
Mengenai period dan kebolehan kehamilan
Hai doc. 6 bulan terakhir haid saya konsisten setiap bulan kemudian haid saya last pada JAN 6HB 2021 tapi dalam bulan FEB 2021 haid saya tidak datang. Tapi pada bulan MARCH 17HB 2021 haid saya pun datang. Adakah haid saya normal doc? Dan bolehkah saya hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, haid lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon -dipengaruhi pelbagai faktor seperti stress
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika anda mengesyaki tentang kehamilan, anda disyorkan untuk melakukan ujian kencing kehamilan. Anda juga boleh mendapatkan ujian susulan di mana-mana klinik bagi mendapatkan kepastian daripada doktor.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!