Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Muntah selepas bersahur

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 9, 2020 12:09 PM

Sulit 2 bulan

adakah normal bg pesakit gastrik yg rsa nk muntah setiap kali slps sahur dan berbuka? sy juga sering sakit dada umur saya adalah 19 tahun

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gastritis adalah satu kondisi yang mana lapisan dalam perut terjadi keradangan. Hal ini biasanya berlaku disebabkan oleh:

  • Jangkitan bakteria H. Pylori, H. Heilmannii, virus, dan lain-lain
  • Autoimun
  • Pengambilan ubat NSAID

Apabila kondisi diatas tidak terkawal, biasanya keadaan boleh memburuk sehingga terjadi penyakit-penyakit yang berikut. Antaranya:

  • Ulser perut
  • Gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • *Esophagitis

Apabila anda mengalami gastrik, anda boleh mendapat gejala muntah-muntah.

Sakit dada pula boleh disebabkan masalah:

  • GERD
  • penyakit jantung
  • anemia
  • jangkitan paru-paru

Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 09 2020 12:09:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Gastrik cirit birit tidak kerap Saya berusia 16 tahun.5 hari yang lepas saya sudah ke hospital dan sudah mendapat ubat dan suntikan.tetapi saya masih lagi sakit gastrik dan pergi ke hospital untuk kali kedua dan sudah mendapat… Baca lagi...
23 hari
Sulit
GASTRIC ,Migraine, Insomnia Saya adalah perempuan 25 tahun, belum berkahwin, Saya ada imsonia di mana agak susah nak tido setiap malam. Sangat susah untuk adjust jadual tido. Saya akan termenung sampai ke pagi, pagi ba… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Hasil baca saya dalam doctor on call Kembung Peru disebabkan gastric dan ketidakhadamabt Apakah ubat atau vitamin untuk mengubat kembung perut dan gastric angin ni doctor Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Gastrik dan Kerap Sendawa Saya wanita berumur 24 tahun dan saya mengalami gastrik sejak tahun lepas. Selepas saya mengalami gastrik kerana lewat makan, saya mula untuk kerap bersendawa yang berlebih sehinggakan apabila … Baca lagi...
10 hari
Sulit
Gastric, insomnia, migraine setiap hari. Sakit perut sangat sehak puasa Saya adalah perempuan 25 tahun, belum berkahwin, Saya ada imsonia di mana agak susah nak tido setiap malam. Sangat susah untuk adjust jadual tido. Saya akan termenung sampai ke pagi, pagi ba… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi