
nuramin34
4 tahun
Nafas pendek, dada sempit, rasa sakit dada kiri sekiranya bergerak, belakang kiri dan leher sakit
Saya lelaki lingkungan 27 tahun rasa nafas pendek, dada sempit, rasa sakit dada kiri dan bertambah rasa sekiranya bergerak. Belakang badan kiri dan leher kiri saya rasa lenguh dan sakit hampir sebulan. Saya sudah pergi ke hospital dan doktor menyatakan bahawa saya gastrik. Walaubagaimanapun saya tiada rasa sakit perut. Saya sudah menghabiskan ubat tetapi masih belum sembuh sepenuhnya. Apakah yang perlu saya lakukan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Gangguan otot dan saraf
- Batu hempedu.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Namun sementara menunggu temu janji bersama doktor, anda disarankan untuk
- meneruskan rawatan dan melapor kembali kedoktor tempoh hari
- jauhi pemakaian yang terlalu ketat
- berehat setelah beberapa jam melakukan suatu perkerjaan
- memastikan kepala sedikit lebih tinggi dari dada ketika tidur
- mengamalkan tabiat pemakanan yang dapat membantu kesihatan saluran pencernaan
- konsistensi makanan yang lembut
- hindari buat sementara waktu minuman teh dan kopi yang pekat
- jauhi makanan yang pedas atau yang boleh mengiritasi usus
- jauhi susu sekiranya anda memiliki intolerans laktosa
- makanan yang seimbang (cukup nutrisi, serat dan vitamin)
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.