
Sulit
4 tahun
Normal tak dengan period saya?
saya 21 tahun , normal tak period saya kalau tempoh hanya dalam 2-3 hari sahaja ?
setahu saya normal sampai 7 hari kan ? apakah disebabkan hormon yang membuatkan period saya hanya 2-3 hari ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Merujuk kepada penjelasan anda, kemungkinan besar lama haid anda selama 2-3 hari adalah masih normal.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.