Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Nyeri bahagian bawah dada dan sendawa

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2021 5:55 PM

Sulit 50 hari

Saya remaja berusia 16 tahun.Pada bulan lepas,saya positif covid dan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.Selepas 3 hari saya habis kuarantin saya mengalami gastrik dan sudah pergi ke klinik.Selepas itu saya kerap sakit di bahagian atas dada dan bawah dada (bawah payudara) berdekatan dengan jantung.Saya juga sudah pergi ke 2 klinik swasta dan doktor memberitahu saya hanya gastrik.Pada awal bulan ini,saya pergi ke klinik kesihatan dan memberitahu saya kerap sakit dada dan sendawa.Doktor melakukan ecg test dan ecg saya normal.Doktor juga sudah mengambil ujian darah saya untuk hypertiroid dan saya perlu pergi ke klinik pada bulan hadapan untuk mengetahui keputusan darah saya.Sudah sebulan saya mengalami sakit di bahagian bawah dada dan kerap sendawa.Saya juga kerap letak minyak angin untuk melegakan sakit dada saya,selepas itu saya sendawa.Saya akan sendawa apabila saya gosok di bahagian dada yang sakit.Adakah saya mengalami masalah gerd ataupon penyakit lain?

Dr Sashini Seeni 50 hari
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan,

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit pada bahagian atas dan bawah payudara, dan sendawa. Anda juga memaklumkan bahawa anda telah merujuk kepada doktor yang memberitahu anda masalah anda berpunca daripada gastrik. Kami akan cuba membantu anda.

Secara umumnya, gejala anda boleh disebabkan oleh penyakit gastrik dan GERD. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh indigestion, alahan atau intoleransi makanan. Kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor sekali lagi untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi atas talian kami agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.

Dikemaskini pada: Tue Oct 19 2021 17:55:59 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang sendawa secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19