Sulit
4 tahun
Otot tangan, lengan, kaki berkedut (twitch)
Saya wanita 23 tahun, sejak 3 ke 4 hari ni saya alami pegerakan otot di tangan berhampiran ibu jari saya dan menyebabkan tangan saya sentiasa bergerak dengan sendiri dan bergetar. Kadang2 situasi ini berlaku di bahagian bahu, atau di bahagian kaki… Adakah ini perkara normal dan tidak perlu di risaukan? Saya juga perasan jantung saya berdegup kuat tapi bukan laju. Adakah ini disebabkan stress atau anxiety? Mohon penerangan, terima kasih.
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pengeleteran badan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala tangan mengigil boleh berlaku disebabkan anxiety tetapi terdapat masalah lain yang boleh menyebabkan tangan menggigil seperti:
- Penyakit tiroid - seperti hipertiroid
- Penyakit lebihan adrenalin - seperti Phaechromocytoma
- Masalah hati - juga boleh menyebabkan menggigil yang digelar asterixis
- Kurang gula - boleh terjadi pada pesakit diabetes jenis 1
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk makluman anda, antara simptom-simptom lain anxiety atau keresahan adalah seperti berikut:
- bimbang sepanjang masa
- sukar tidur
- ketegangan otot
- masalah penghadaman yang kronik
- sesak nafas
- jantung berdebar
- sakit kepala
- tangan atau kaki terasa kebas
- nafas laju
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.































