Sulit
5 tahun
Pakai iucd, tetapi lewat haid 4 hati
Saya nak tanya Dr, saya pakai iucd bulan 1, bulan 2 period saya panjang dan 2x sebulan datang, bulan 3 kitaran 34hari baru haid datang, bulan 4 kitaran 30hari,untuk bulan 5 saya lewat 4 hari. Hari ke 35 sepatutnya period ada keluar setitik darah pada waktu malam, lepastu tiada, next day keluar coklat sedikit, lepastu tiada. Perut rasa sakit seperti senggugut, kadang-kadang sakit di bahagian ari-ari kiri dan kanan. Tapi badan rasa lemah, loya, mual. Kenapa ye Doktor, adakah saya hamil? Risau
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 4 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Penggunaan IUCD- boleh menyebabkan haid tidak teratur
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























