
Sulit
5 tahun
Pendarahan selepas persetubhan
Saya dan suami telah melakukan hubungan seks semasa saya haid hari ke 6.Sebelum melakukan persetubahan saya mendapati darah sudah tiada dan hanya keluar sedikit ketika saya membasuh faraj.Selepas melakukan hubungan seks,saya tidak membasuh faraj dengan kadar segara dan ketika saya basuh saya mendapati terdapat darah yang keluar dan ketika dibasuh keluar seketul darah dari faraj.Apakah yang perlu saya lakukan dalam masa terdekat? Adakah perkara ini akan memberi kesan yang kuat kepada saya dan suami? Apa yang perlu kami lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda mungkin masih mengalami pendarahan daripada haid anda. Pendarahan pada hari-hari terakhir haid anda adalah perlahan dan ini boleh menyebabkan darah masih keluar secara sedikit. Hal ini adalah normal dan tidak perlu dirisaukan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.