
Anonymous
6 tahun
Penerangan bagaimana sifilis berjangkit
Saya ingin bertanya. Adakah penyakit sifilis akan berjangkit dengan pasangan dengan melakukan onani keatas alat sulit pasangan yang mempunyai penyakit sifilis. Adakah dengan menyentuh air mani pasangan yang mempunyai penyakit sifilis akan dijangkiti penyakit tersebut. Mohon pencerahan…terima kasih doc.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sebagai maklumat umum, Treponema pallidum boleh memulakan jangkitan apabila terdapat penyebaran bakteria yang berlaku sama ada sentuhan secara terus bersama kawasan berpenyakit semasa hubungan seksual . ataupun sentuhan dengan cecair-cecair yang dikeluarkan oleh jangkitan. Sebarang sentuhan yang mengandungi bakteria seperti ciuman, sentuhan mulut, kulit, alat kelamin dan di mana-mana sahaja boleh menyebabkan jangkitan. Ia juga boleh tersebar daripada seorang ibu yang mengandung kepada bayi yang berada di dalam kandungannya melalui sambungan uri.
Penyebaran penyakit melalui hubungan seksual boleh berlaku sekiranya terdapat sentuhan kepada permukaan yang terdedah dan mempunyai organisma yang aktif pada sifilis tahap ‘primary’ . Pada sifilis tahap ‘secondary’ pula, jangkitan boleh tersebar dengan sentuhan pada kawasan-kawasan dikenali sebagai ‘mucus patches’ dan ‘condyloma lata’ yang terbentuk pada tahap ini. Kawasan-kawasan yang telah disebutkan ini mempunyai kadar penyebaran jangkitan yang amat tinggi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut. Terima kasih