Sulit
2 tahun
Pening kepala sudah 2 hari
Assalamualaikum,salam sejahtera.doktor sy mengalami pening kepala sudah 2 hari,rasa seram sejuk,tiada selsema,penafasan ok,deria bau ok.setelah 2 hari isteri sy pula rasa pening kepala,adakah ini gejala covid 19?perlu ke sy buat swab test di kk?Klu perlu bagaimana langkah utk sy swab test di kk.sy tiada contact rapat dgn pesakit covid19.cuma minggu lepas sy bru habis jaga ayah sy di hospital selayang dsbbkan kesihatan komplikasi buah pinggang.Bantu sy doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Melalui kenyataan diatas, anda mengalami masalah pening kepala hampir 2 hari dan anda ingin mengetahui adakah ini gejala COVID-19. Kami fahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Kurang zat thiamin atau vitamin dalam diet
- Kurang berehat
- Tidur yang tidak berkualiti
- Tekanan atau stres
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , termasuk:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
- Migrain
- Tekanan darah tinggi
Memandangkan keadaan semasa yang begitu kritikal pada waktu ini, kami sarankan anda untuk memantau diri anda sekiranya terdapat sebarang perubahan ataupun gejala lain yang berkaitan dengan jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria rasa dan bau
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dan menentukan sama ada ianya adalah petanda jangkitan COVID-19 ataupun tidak .
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih