muhamadraimi800
3 tahun
Penurunan berat badan yang normal
Saya nak tanya dalam sehari berapa banyak seseorang boleh turun berat badan yang normal. Setiap hari saya makan banyak tetapi berat badan saya meningkat kemudian pada esoknya harinya ianya turun. Setiap waktu saya melihat berat badan saya menurun dalam beberapa jam. Dahulunya berat badan saya memang susah nak turun.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tidak ada maklumat bagi penurunan badan yang normal dalam masa sehari.
Namun begitu, berat badan boleh berubah mungkin disebabkan air dalam badan. Hal ini kerana, kandungan air dalam badan merupakan antara faktor yang boleh menyebabkan penurunan berat badan dalam masa yang sangat singkat. Selain itu, sekiranya perbezaan berat badan anda terlalu banyak, saya juga menyarankan untuk anda memastikan mesin penimbang anda adalah betul dan tepat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, maklumat serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.