
Sulit
4 tahun
Penyakit Hepatitis B atau keradangan hati
Apa yang dimaksudkan dengan " Seroconversion " dalam hepatitis B dan apakah tanda-tanda " Seroconversion " yang akan dialami ?
Jika seseorang itu pernah terdedah pada hepatitis B pada mata dan mulut 3tahun yang lalu … Dan HbsAg sudah dibuat sebanyak 3 kali dan keputusan dia nonreactive … Tq doktor … Adakah saya perlu risau lagi akan kejadian itu… Atau memerlukan pemeriksaan lanjut…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai jangkitan Hepatitis B.
Untuk makluman anda, seroconversion adalah bermaksud tempoh waktu antibodi dalam badan dihasilkan dan boleh dikesan melalui ujian darah.
Untuk mengenalpasti simptom-simptom Hepatitis B :
- Kekuningan badan ( Jaundice )
- Keletihan berpanjangan
- Mual dan muntah
- Demam
- Sakit sendi
- Perubahan warna kencing menjadi gelap dan warna najis yang pudar.
- Kegatalan dan ruam pada bahagian badan.
Untuk menjawab soalan anda, anda tidak perlu risau lagi akan kejadian itu kerana keputusan adalah non-reactive. Anda perlu sentiasa menjaga kesihatan anda dan disarankan untuk sentiasa membuat saringan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Kami sarankan untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan mengenai masalah ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.