Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Penyakit kelamin herpes

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 12, 2019 2:42 AM

Sulit 10 bulan

Saya baru berjumpa doktor semalam berkaitan kemaluan saya pedih dengan bintik2 merah…dan doktor kata saya mengalami penyakit kelamin jenis herpes…adakah penyakit ni mengganggu untuk saya mengandung ? Dan adakah penyakit ini berbahaya ? Apa yg perlu saya lakukan untuk pulihkan penyakit saya ni…dan untuk elakkan penyakit ni berlaku lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 10 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perawatan herpes kelamin bertujuan untuk mengurangkan kejadian outbreak , tetapi ia tidak boleh menyembuhkan virus herpes ini. Ubat antivirus seperti acyclovir boleh membantu mempercepatkan masa penyembuhan luka anda dan mengurangkan kesakitan.

Bagi meningkatkan efektiviti, ubat boleh diambil pada tanda-tanda pertama wabak seperti rasa geli-geli, gatal, dan gejala lain-lain untuk mengurangkan sakit sewaktu outbreak .

Gunakan sabun yang lembut apabila mandi, usahakan mandi di dalam air suam, serta pastikan tempat yang dijangkiti bersih dan kering. Pakai pakaian berbahan kapas yang longgar untuk memastikan kawasan itu selesa.

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Sep 12 2019 02:42:56 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Outbreak herpes genital Saya nizam berusia 33 tahun. Saya 1st terjadi outbreak herpes genital ini pada sebulan lebih yang lalu. Saya telah berjumpa dengan doktor kulit dan mendapatkan rawatan serta buat ujian darah. Do… Baca lagi...
10 bulan
nurain.zariatul
Jangkitan std herpes Saya berusia 24 tahun dan saya ada herpes pada kemaluan.bagaimana saya nak hilangkan nya? Baca lagi...
12 bulan
dalilahsani
Herpes simplex- chicken pox Saya ibu kepada 2 orang anak yg dijangkiti virus-chicken pox,minggu lepas saya telah membuat pembelian secara online Doconcall, zovirax suspension 200mg 2 botol utk anak saya berusia 4tahun dan telah … Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Penyakit kelamin herpes Saya baru berjumpa doktor semalam berkaitan kemaluan saya pedih dengan bintik2 merah…dan doktor kata saya mengalami penyakit kelamin jenis herpes…adakah penyakit ni mengganggu untuk saya mengand… Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Penyakit herpes type 1 Igg 24 Saya wanita berusia 39 tahun.Sudah berkahwin.Ini adalah perkahwinan kedua saya…Saya mengalami simptom sakit pada bahagian kanan perut ke bawah sehingga ke belakang…Saya telah menjalankan ujian d… Baca lagi...
5 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi