
Sulit
4 tahun
Pergelangan kaki ankle bengkak
hi. saya nak tau kenapa sy selalu mengalami bengkak pada pergelangan kaki. sy ada darah tinggi dan mengambil ubat felodipine. adakah disebabkan ubat itu atau bagaimana ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Terima kasih atas persoalan anda kepada pihak kami. Terdapat beberapa kondisi yang boleh menyebabkan kaki anda bengkak. Antara punca untuk kaki yang bengkak adalah:
• Deep vein thrombosis (DVT) iaitu bekuan darah di dalam saluran darah kaki
• Cellulitis, sejenis jangkitan kulit bakteria yang menyebabkan bengkak, kemerahan serta kesakitan. Pesakit kencing manis mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit ini
• Chronic venous insufficiency atau pembuluh darah yang telah terjejas di kaki
• Trauma atau kecederaan kaki seperti tulang patah, kecederaan tendon/ligamen/otot, terseliuh dan penyakit gout
• Kelemahan hati atau heart failure
• Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
• Cirosis hati atau liver cirrhosis
• Nephrotic syndrome
• Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
• Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
• Duduk atau berdiri terlalu lama
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berdasarkan deskripsi anda, bengkak di kaki anda boleh terjadi akibat anda sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi. Bengkak di kaki dan buku lali adalah salah satu daripada kesan sampingan kelas ubat yang dikenali sebagai penyekat saluran kalsium, yang digunakan dalam rawatan hipertensi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.