Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Period berpanjangan dalam bulan kedua semasa ambil vissane

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 23, 2020 6:44 AM

Sulit 13 hari

hi. saya mengalami period yang berpanjangan selama sebulan dan saya adalah pesakit endometriosis. bulan sebelumnya saya cuma spotting. kalini period sampai sebulan dan ianya merisaukan saya. adakah vissane tersebut tidak ngam dengan badan saya atau perluke saya stopkan pengambilan vissane ? vissane treatment saya sepatotnya 6bulan berterusan…

Dr Ramzdhan 13 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keadaan ini adalah tidak normal. Haid yang berpanjangan adalah apabila haid berlangsung lebih 8 hari. Ia dapat dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Darah yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:

  • Masalah ovulasi
  • Fibroid dan polip
  • Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
  • Gangguan pendarahan
  • Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
  • Keguguran
  • Kehamilan ektopik
  • Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim

Ubat yang anda ambil kerana endometriosis ialah pil hormon yang boleh menyebabkan haid tidak teratur termasuklah haid berpanjangan. Namun, kesan sampingan ini hanya bersifat sementara. Selepas 2 hingga 3 bulan ia akan kembali pulih.

Bagi info lain, Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 23 2020 06:44:45 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Masalah wanita berkaitan darah haid hi doktor, sy wanita berumur 26thn…adakah normal jikalau haid sy menjangkau hingga ke hari-15? dan normal ke sama ada sy haid selama 10 hari dan bila di tuala wanita tiada cecair darah haid teta… Baca lagi...
30 hari
Sulit
Keluar Darah tapi sikit Hi and assalamualaikum Doctor, Saya nurul umo 35 tahun. Saya nak tanya, bulan ramadhan tahun ni dr 1st ramadhan saya saya ada bleeding, xseperti period xpenuh pad pom n darah cair je, biasa per… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Period berpanjangan dalam bulan kedua semasa ambil vissane hi. saya mengalami period yang berpanjangan selama sebulan dan saya adalah pesakit endometriosis. bulan sebelumnya saya cuma spotting. kalini period sampai sebulan dan ianya merisaukan saya. ada… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Period berpanjangan selepas pakai perancang depo Sy ambil perancang depo masuk kali ke empat… Masalah sy sama dari cucuk yang pertama… Sy akan period riod 2-3 minggu lepas cucuk… Setiap period sy akan mengambil masa 30-35 hari satu sesi… Adak… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Haid selama 10-13 hari Selamat pagi doktor. Saya berumur 27 tahun dan telah berkahwin. Saya mengalami haid yg agak lama sekitar 10-13 hari sejak dari bangku sekolah lagi. Untuk pengetahuan doktor, saya mula mengalami … Baca lagi...
30 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi