
Sulit
4 tahun
Period datang awal sebelum 28 hari
hai…saya nak tahu…sya baru berkahwin bulan october 2020,selepas sya kahwin dapati bahawa period saya datang awal. last sy period 26/10…dan hri ini 19/11 sy period lagi.Adakah itu perkara normal?boleh doc terangkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Haid yang tidak teratur dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanserrahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.