Sulit
3 tahun
Period lewat 10 haru
Sy wanita berusia 28… sy ingin bertanya kenapa kali ni sy lewat period sudah 10 hari…sptt nya 31ogos… last date period mula 28july… kitaran haid sy mmg 37 hari dari tarikh first period … sy kerap check preg test tp negatif… kerna sy ad bersma suami… sy sll sakit di bahagian ari2… spt mencucuk2… tidak trlalu berat… dan sedikit lengguh di peha… sy juga ad mengambil pil postinor pd bulan july… adakah dr kesan pil tersebut atau sebab lain…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, anda juga berasa sakit perut. Kemungkinan sakit perut anda berkait rapat dengan tempoh haid lewat. Anda perlu berjaga jaga kerana anda berasa keletihan dan berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.