babyyyfarra
5 tahun
Period yang melampau
Saya wanita berumur 21. bulan lepas saya perasan ada darah pada panty liner. ikut calendar itu bukan waktu period saya. Darah tu cuma spot yg sikit2. Saya ada berjumpa doktor pakar dan lakukan pap smear. result semua okay. darah period saya tak berketul. cuma saya period lama. 2/11 sampai 4/12. lepastu saya period balik pada 29/12 sampai sekarang darah still ada. darah saya kadang banyak kadang spot, kadang sikit. sekarang ni sepatutnya dah habis tapi bilaa saya cuci darah still ada kat dlm kemaluan saya. dia macam sangkut. apa yang patut saya lakukan? sejak semalam kemaluan saya mulaa gatal2 dan merah. bila saya cuci memang ada darah dekat dalam dan saya kena korek darah tu keluar. tolong bagi pandangan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keadaan ini dapat dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Darah yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana masalah dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan untuk merujuk doktor umum sebelum ke doktor pakar untuk dilakukan evaluasi lanjut tentang masalah anda ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































