Sulit
3 tahun
Period yang tidak datang selama 5 bulan dan saya juga belum berkahwin
Hai doktor. Saya wanita berumur 21 tahun dan belum berkahwin saya juga masih belajar. Saya mengalami masalah dari segi aturan haid. Saya tidak period selama 5 bulan. Dahulu saya juga mengalami masalah yang sama tetapi dalam 3 ke 4 bulan sahaja. Kebiasaanya yang bermasalah adalah hari period di mana kadang ia berlaku 5 hari ataupun kurang. Berat saya juga naik mendadak sepanjang 5 bulan ini kerana waktu pkp. Emosi saya juga tidak stabil kerana pelbagai tekanan. Bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!