
Sulit
3 tahun
Pertumbuhan bulu halus
Hi Dr. Saya perempuan. Saya berumur 22 tahun. Saya ada masalah dengan pertumbuhan bulu halus di belakang badan saya. Ianya sangat mudah untuk dicabut berbanding dengan bulu kaki atau bulu di tangan. Ianya sangat sangat halus. Bila tarik je terus tercabut tanpa aada rasa sakit. Bulu tumbuh di bahagian tengah belakang badan sahaja. Bila saya cabut, bulu halus tumbuh balik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kami sarankan anda untuk berhenti mencabut bulu tersebut. Sila berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan. Dengan ini doktor dapat mengenal pasti kondisi anda dan menentukan rawatan yang sewajarnya jika perlu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor