
Sulit
4 tahun
Perut sakit rasa macam nak period tapi tidak, sudah 2minggu
Perut rasa sakit sangat dan rasa macam nak period tapi tidak, selalu nya period datang pertengahan bulan tapi ni awal bulan dah sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit senggugut. Sakit ini boleh didefiniskan sebagai sakit perut yang teramat sangat sehingga dapat mengganggu nafsu makan minum dan diikuti dengan gangguan berjalan dan menyebabkan anda menekan perut / bongkok selama 2 atau 3 hari.
Kemungkinan untuk anda mengalami kekejangan ataupun kesakitan adalah normal sebelum beberapa hari kedatangan haid. Keadaan yang berlaku dikenali sebagai sindrom premenstruasi (PMS). PMS berlaku kerana perubahan hormon berlaku di dalam badan anda sebelum haid.
Setiap wanita mengalami gejala ataupun simptom haid yang unik. Sebilangan wanita mungkin mengalami senggugut setiap kali tempoh haid. Sebilangan mungkin menyedari bahawa senggugut mereka berkurang apabila meningkat usia. Manakala ada sesetengah orang lain mungkin tidak pernah mengalami senggugut ataupun sakit ketika haid.
Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.