
Sulit
3 tahun
Pundi Kencing Bernanah
Saya lelaki 31, 2 hari lepas sya mendapati darah keluar dari pundi kencing saya selepas menggunakan alat membesarkan zakar,sya suspek luka di dlm pundi kencing,dah pada siang tdi sya dapati ada nanah keluar, berkemungkinan effect dari luka tersebut ataupun infection akibat luka, n boleh kah sya dpt prescription berkenaan ubat untuk merawat ataupun boleh didapati terus dari website ini…Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai masalah zakar anda yang mengeluarkan nanah dan darah dan ini sudah semestinya membuatkan anda risau. Tetapi jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Zakar yang berdarah dan bernanah adalah tidak normal dan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor segera. Antara punca lazim mengapa seseorang mengalami gejala zakar berdarah dan bernanah adalah disebabkan oleh:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Radang prostat (prostatitis)
- Kecederaan salur kencing atau zakar
Sekiranya anda mempunya gejala ini, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Sakit ketika membuang air kecil
- Sakit ari-ari dan sakit perut
- Demam
- Lemah dan lesu
- Loya dan muntah
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai gejala yang dialami, anda boleh berhubung dengan doktor kami di atas talian dan kami akan membantu anda.
Kami berharap jawapan kami membantu. Terima kasih.
Klik di sini untuk berhubung dengan doktor kami.