marlynhomeboutique
3 tahun
Pusat keluar cecair adakah normal?
Wanita berumur 40 tahun
Pusat saya berwarna merah dan kadang kala keluar cecair yang kurang menyenangkan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, daripada apa yang anda nyatakan terdapat kemungkinan pusat anda telah mendapat jangkitan. Tanda merah tersebut adalah tanda radang atau bengkak dan gejala keluarnya cecair tersebut adalah tidak normal. Terdapat kemungkinan ia disebabkan oleh:
- Gigitan serangga
- Gatal yang digaru kemudian tercedera
- Memandangkan sesetengah orang mempunyai pusat yang ke dalam, maka mudah untuk kotoran berkumpul dan mendapat jangkitan
- Nanah pada bahagian dalam pusat
Anda amat disarankan untuk segera merujuk perkara ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































