Sulit
3 tahun
Rasa sakit send. Dari tengkok sehinga di betis kaki
Saya rasa sakit sendi dan otot sejak sehari dua ini. Dan macam suhu panas saya antara 36.8 hingga 37.4 sejak dua hari ini rasa lemah satu badan.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, suhu demam adalah lebih daripada 37.5°C. Masalah anda boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang minum
- Kurang tidur
- Kurang istirahat
- Anemia (penyakit kurang darah)
- Kurang makanan berkhasiat
- Kadar gula rendah
- Hipotiroid (Penyakit kelenjar tiroid kurang aktif)
- Kekurangan vitamin
- Kepenatan kerana bekerja terlalu kuat
- Kekuranan atau ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.