Anonymous
6 tahun
Rawatan Penyakit Sifilis
Doc, bagaimanakah cara perawatan dirumah bagi penyakit sifilis, apakah bahan2nya, dan bagaimanakah caranya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk rawatan sifilis, tiada rawatan dirumah atau “home medication” yang dapat merawat penyakit ini. Sekiranya anda sudah mendapat diagnosis oleh doktor anda, anda perlu mendapatkan rawatan yang diberikan oleh doktor anda. Sifilis perlu dirawat dengan segera kerana komplikasi penyakit ini adalah berbahaya untuk jangka masa panjang. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan privasi anda boleh klik di link (DoctorOnCall) ini.





















