Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Risiko penyakit kelamin atau hiv. Adakah penyakit kelamin seperti STD bole sembuh?

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 10, 2020 3:51 AM

Sulit 51 hari

Saya lelaki berusia 22 tahun. Pada 4 hari lepas, saya ada melakukan hubungan seks dgn seorang wanita ketika dia sedang haid tapi waktu itu wanita tersebut tidak mengeluarkan darah dan hanya keluar darah ketika selesai hubungan seks. Wanita itu memaklumkan yang dia pernah membuat saringan hiv ketika melahirkan anak pertamanya dan didapati negative hiv. Ini adalah hubungan seks yg pertama buat saya. Sekarang saya risau kerana terdapat lendir putih yg asyik keluar dari zakar tetapi hanya sedikit sahaja. Adakah saya terkena sebarang penyakit?

Dr Ramzdhan 51 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan penerangan di atas, kami memahami mengenai kebimbangan anda mengenai lendir putih yang seringkali keluar dari zakar. Untuk makluman anda, lendiran putih yang keluar dari zakar dalam kes anda mungkin disebabkan oleh penyakit berjangkit secara seksual (STD). Namun, anda perlu ditanyakan lebih lanjut mengenai simptom-simptom lain untuk mengenal pasti punca masalah ini.

Sekiranya anda mengalami jangkitan STD, anda patut mengalami simptom lain seperti:

  • Luka atau bengkak pada alat sulit
  • Kencing yang sakit
  • Sakit kelamin ketika melakukan seks
  • Demam
  • Ketumbuhan kelenjar limpa di bahagian celah kangkang
  • Ruam pada bahagian sekitar alat sulit.

Informasi lebih lanjut mengenai HIV:

  • HIV merupakan virus yang boleh terjangkit melalui penukaran darah atau hubungan seksual
  • Orang yang menghidap HIV akan mengalami demam, ruam kesulurahan badan, dan juga ketumbuhan kelenjar limpa kesulurahan badan
  • HIV boleh menyebabkan AIDS dimana immun badan akan rendah dan menyebabkan jangkitan kuman lebih merbahaya
  • STD boleh menyebabkan HIV

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan mengenai masalah ini kerana jawapan yang diberi hanyal jawapan am. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.

Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Aug 10 2020 03:51:25 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang penyakit kelamin secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kemaluan Bengkak dah 2 hari Dr, saya nak bertanya. kemaluan saya Tiba-tiba bengkak dah masuk dua hari. adakah saya perlu buat pemeriksaan di hospital? apakah puncanya dr? boleh beri penjelasan. Yang saya dapati ketika lepa… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Biji bawah kemaluan macm mahu tertanggal adakah itu satu masalah , atau kalau biji tu tercabut adakah ia satu masalah baru? Saya umur 20 masalah saya pasal biji bawah kemaluan macm nk tertanggal , kalau biji tu tercabut satu masalah ka untuk saya? Baca lagi...
8 hari
Sulit
Kegatalan miss v, kemerah merahan dan kulit mengelupas pada kemaluan Saya wanita 20 an, mempunyai masalah kegatalan miss v sehingga kulit mengelupas dan merah merah. Dulu, saya kerap juga bertukar pasangan seks tetapi ada beberapa tidak memakai kondom semasa seks… Baca lagi...
43 jam
Sulit
Bintik putih pada posterior fourchette Salam, saya berumur 26 thn. Belum berkahwin. Saya mengalami beberapa bintik putih pada kemaluan saya, di bahagian vigina. Ada jugak rasa gatal dia bahagian itu. Tetapi saya tidak mengalami keput… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Saya mempunyai masalah zakar kebas selepas kerap melakukan onani melakuka Saya lelaki berumur 21. Saya mengalami masalah zakar kebas. Sebelum ni saya kerap onani hampir setahun.urat zakat saya pun tidak lurus. Urat saya seakan terlipat Sekarang saya amat risau doktor.… Baca lagi...
13 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15