Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni
Selamat mlm doktor…saya mengalami bintik bintik merah di bahagian lengan dan badan adakah itu gejala hiv tetepi saya tidak pernah melakukan hubungan sex
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang meyebabkannya.Antaranya ialah:
Terdapat beberapa perkara yang perlu ditanyakan sebelum punca masalah anda dapat diketahui. Sekiranya anda tidak melakukan hubungan seks rambang, tidak pernah berkongsi jarum suntikan, tiada sejarah membuat tatu dan bukan pekerja kesihatan, risiko untuk anda mendapat HIV adalah rendah. Oleh itu, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.