
Anonymous
2 tahun
Sakit ari2 sebelah kiri
Sya berusia 45thn…berkahwin tp tiada anak lg. Sya mengalami sakit ari2 sebelah kiri ni sejak hari pertama haid…ianya biasa sje pd sya sb selalu sengugut tp sehari je. Namun sya pelik sakit tu berlarutan sehga period sya tamat. Biasa period sya samada 5-6hari sje. Cuma kali ni sakit sehga hbs period…sya rasa x selesa shga terpaksa mengambil panadol utk hilangkan n ianya mengambil masa juga utk hilang. Boleh x doktor tolong sya mengapakah sakit ari2 tu masih tidak hilang hga period tamat??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda diberikan, anda adalah amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti mengenai masalah anda supaya mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan segera. Untuk pengetahuan anda, antara punca yang menyebabkan ari-ari sakit berterusan adalah seperti:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi
Sila mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan yang berdekatan dengan secepat mungkin untuk mengetahui punca masalah anda. Sekiranya anda ingin berhubung dengan pihak kami secara peribadi, sila lik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih