
Sulit
4 tahun
Sakit Bahagian Atas Betis
As Salam Doktor. Saya wanita berumur 34 tahun. Sudah berkahwin & mempunyai 2 org anak. Skrg ini sy sedang mengalami rasa sakit & kurang selesa di bahagian betis sebelah kiri,(Atas betis, antara betis & blkg lutut). Klau sy duduk lama, nak bangun semula akan rasa sakit dan agak mengambil masa untuk sy berdiri tegak semula sbb betis rasa kejang. Then,if duduk tahiyat waktu solat juga akan rasa sakit. Rasa Sakitnya mcm side paling dalam di betis mcm tu…Dulu sy kerap jatuh. Tp tak pernah alami kecederaan yg serius. Saya juga ada masalah obesiti. Adakah berat badan menjadi punca? Atau melibatkan saraf? Atau faktor lain doktor? Hampir sebulan juga sy alami masalah ni. Mohon pencerahan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami tidak boleh untuk mengulas terperinci berkenaan sakit yang anda alami kerana pemeriksaan serta ciri-ciri bahagian sakit perlu untuk diketahui. Secara amnya, banyak perkara yang boleh menjadi punca kepada permasalahan anda antaranya:
- Osteoarthritis (radang sendi)
- Kecederaan otot
- Masalah tulang
- Rheumatoid arthritis (radang sendi)
- Kecederaan ligamen atau otot dan sebagainya
- Masalah saraf
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.