
Sulit
5 tahun
Sakit dada rasa seperti dicucuk , cramp tangan kiri , sakit belakang dan kerongkong rasa tidak selesa seperti ade sesuatu tersekat
Sakit dada seperti dicucuk yang datang dan pergi selama sebulan , sakit di banyak kawasan dada , paling kerap di kawasan tengah dada ,cramp tangan kiri yg disertai sebelum dan semasa sakit dada , sakit belakang berpanjangan dan ketidakselesaan di bahagian leher dan kerongkong , perut kerap berangin dan kembung. Mohon penjelasan

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada yang dialami anda boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.