Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit dada sebelah kiri dan perut kembung

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 7, 2020 1:28 AM

Sulit 2 bulan

Saya berumur 39 tahun… saya sakit dada sebelah kiri dan kadang2 sakit dibahagian belikat…perut sentiasa kembung dan sentiasa sendawa… saya sudah pergi ke hospital dan telah membuat ecg dan eco tapi doktor cakap jantung saya noal…tapi Saya risau dan tidak selesa…

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.

Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal

Antara punca lain berlakunya sakit dada di bahagian kiri adalah:

  • Radang paru-paru
  • Jangkitan paru-paru
  • Sakit pada bahagian otot, tulang dan saraf dada
  • Refluks asid dari perut

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih

Dikemaskini pada: Thu May 07 2020 01:28:10 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Sakit dada setiap malam ketika tidur dan sesak bernafas Heelo dan maaf mengganggu doktor…sy seorg lelaki berumur 22tahun…baru2 ini sy mengalami masalah gastrik…kemudian hilang…akan tetapi ia dtg semula dan tambahan dgn sakit di bahagian dada Baca lagi...
16 jam
Sulit
Sakit Dada, Lengan Teraa Lenguh, Mual Tetapi Tidak Boleh Muntah Saya seorang perempuan berusia 18 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya dapat rasakan dada disebelah kiri saya seperti dicengkam dan adakalanya ia seperti ditekan/dihempap. Apabila sakit di dada s… Baca lagi...
29 hari
Sulit
Sakit dada yang berpanjangan berpanjangan Saya wanita berumur 42 tahun. Pada 10/05/2020 saya diserang sakit dada dimana dad terasa seperti ditindih benda berat dan terasa ketat,kaki dan tangan terasa sejuk dan badan menjadi lemah dan su… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Sakit dada apabila menarik nafas Saya wanita berumur 17 Tahun … Sblm ini saya pernah mngalami rasa sakit dada apabila menarik nafas seperti ada sesuatu yg membuatkan saya sukar bernafas . Saya merasakan seperti ada sesuatu yg b… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Rasa berdenyut / sakit di bahagian dada saya wanita berumur 28 tahun dan tidak mengandung. Saya sudah lama merasai seperti berdenyut atau sakit di bahagian dada (bukan sakit yang terlalu sakit cuma sakit yang tidak selesa dan kerap), … Baca lagi...
23 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi