
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian peha
Saya berasa sakit di bahagian dlm peha. Terasa seperti kena elektrik atau kena sengatan tp tak ada sebarang bengkak atau luka. Sakit cuma dtg sekejap tak sampai 1 minit tp makin kerap

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Ketegangan otot
- Meralgia paresthica iaitu masalah saraf di peha terhimpit
- Saraf femoral tidak berfungsi
- Kencing manis
- Sciatica iaitu masalah di saraf tunjang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.