Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian rusuk kiri berdekatan di bawah dada sehingga membawa ke kawasan perut sebelah kiri
saya seorang wanita berumur 29 tahun…saya mengalami sakit di rusuk kiri berdekatan dengan di bawah dada terutamanya apabila sedang bergerak.ketika duduk atau baring sakitnya tidaklah ketara.saya tidak batuk atau sakit kepala.adakah ianya ada kena mengena dengan angin atau jantung.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian rusuk kiri berdekatan di bawah dada. Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui rawatan kepada masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi