
Sulit
4 tahun
Sakit hujung jari kaki
Umur 47 tahun
3 mggu sakit hujung jari kaki
2 hari kencing keruh dan berbuih
Sntiasa senak & kdg² memulas²

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sakit hujung jari kaki ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kerusakan saraf oleh penyakit kronik seperti diabetes, hipotiroid, kidney failure, dan kekurangan vitamin
- Trauma fizikal akibat kemalangan dan kecederaan
- Terdedah kepada toxin seperti bahan kimia, racun serangga, dan lain-lain
- Jangkitan virus seperti varicella zoster, herpes
- Penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis dan Lupus
- Efek ubat-ubatan
Air kencing berbuih yang tidak normal disebabkan oleh masalah kesihatan seperti :
- Jangkitan kuman pundi kencing
- Masalah buah pinggang
- Diet tinggi dengan protein
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.