Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan leher yang berterusan
Assalamualaikum, saya seorang wanita berusia 21 tahun kebelakangan ini saya kerap merasakan sakit kepala di bahagian belakang kepala saya dan diatas kepala saya terasa seakan bergerak gerak begitu juga dengan bahu kiri saya yang selalu terasa sakit apabila duduk terlalu lama saya berasa risau akan keadaan saya. Saya juga kerap merasakan sakit dibahagian dada seperti ditekan apabila tidak melakukan apa apa aktiviti yg berat dan adakah normal utk seseorang merasakan denyutan atau seperti angin di dalam telinga sebelah kiri saya? Saya berharap doktor dapat membantu saya kerana telah beberapa kali melakukan pemeriksaan ttpi doktor kata tiada apa2 masalah, terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Terdapat beberapa sebab yang berkemungkinan yang menyebabkan anda mengalami masalah telinga sedemikian seperti:
- Radang telinga (otitis media)
- Radang tulang mastoid (mastoiditis)
- Benda asing di dalam rongga telinga
- Tahi telinga yang besar dan keras
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.



































