
Sulit
5 tahun
Sakit kepala di sertai demam
Saya wanita berusia 28 tahun suri rumah sepenuh masa… saya mengelami demam biasa sakit tekak tetapi di sertai sakit kepala yang teramat sakit sudah 3 hari… saya rujuk pada doctor sehari yang lepas… doktor tersebut sah kan darah saya di jangkitan kuman…dan saya di bekalkn ubat tahan sakit/demam (paracetemol) dan antibiotik… adakah ini normal jika sakit kepala masih berterusan setelah ambil ubat? Sakit kepala on off selepas ambil ubat tahan sakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sakit kepala secara amnya terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer biasanya adalah:
Akan tetapi, sekiranya terdapat gejala-gejala tambahan seperti dibawah ini, dikhuatiri terdapat penyakit lain (sakit kepala sekunder) yang mendasari, justeru adalah digalakkan untuk langsung merujuk ke doktor samada di unit kecemasan atau klinik sekiranya anda mempunyai gejala seperti:
- Sakit kepala muncul tiba-tiba seperti petir
- Demam
- Perubahan penglihatan
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.