
Sulit
4 tahun
Sakit menyucuk dan berdenyut di hujung jari tengah
Salam doc…saya wanita berumur 29tahun…dah bkawin & mempunyai 2 org ank…saya tak ada apa² masalah kesihatan cuma sejak kebelakangan ni…sya selalu sakit di bahagian hujung jari tengah…belah kanan…menyucuk² dan sakit sangat…selalunya sakit mnyucuk tuu bila lpas mndi,waktu hujan atau malam sbab cuaca sejuk…saya belum pernah jadi macam ni…adakah ia normal dan perlukah saya dapatkan rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu jari berdenyut dan sakit. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah saraf
- triggered finger
- Keradangan
- tendon/ ligamen yang koyak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.