
Sulit
4 tahun
Sakit pada tangan dan tumit kaki
saya berusia 21 tahun. Belakangan ini saya mengalami bengkak pada bahagian siku dan lebam di tangan berapa minggu kemudian kedua dua tangan saya berasa sakit dan saya tidak boleh melakukan pergerakan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Alahan kepada makanan, ubat dan sebagainya.
Trauma
Kegagalan buah pinggang, jantung
Benjolan lemak
Gumpalan tisu fiber
Kelenjar bengkak
Foliculitis
Cyst/Kista
Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.