
Sulit
4 tahun
Sakit perut di bahagian tengah atas hingga pusat
Saya wanita 19 tahun, 3 hari lepas saya mengalami muntah pada tgh malam, dan mjla cirit birit sepanjang hari. Perut saya berasa sakit di bahagian tengah dada hingga ke pusat dan sometime rasa sakit kat keliling pusat. Saya ada menjalani operation appendiks kurang dari 2 bulan lepas, luka dah semakin baik tapi dalam tu saya rasa mcm ada ketulan dan masih rasa sakit. Saya juga selalu rasa sakit si bahgian pinggang dan bahagian luka operation tu sometime sampai ke belakang. Luka saya pernah menanah dan bengkak watu awal awal lepas operation. Sakit perut ni ada kaitan ka dengan bekas operation th doc? Saya nak buat check di hosp, tapi ada org cakap yg kalau ada ketulan tu maksud dia usus terkoyak dan itu adalah benda biasa. Saya takut kalau ada sakit yg lebjh teruk. Apakah sakit perut ni biasa ja doc?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit perut secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Sakit pinggang secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Boleh jadi gejala yang anda alami adalah disebabkan oleh kesan sampingan pembedahan apendiks yang anda jalani tempoh hari.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.