Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit perut sebelah kiri akibat keracunan makanan atau gastrik?

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: November 29, 2018 5:32 AM

Maimunah 18 bulan

Hai doktor, saya kena keracunan makanan semalam. Pada waktu malam,saya terpaksa makan lambat sbb ada discussion assignment. Start semalam, perut sebelah kiri saya sakit . Adakah berpunca daripada keracunan makanan atau sebab gastrik? Bila saya batuk, perut saya sakit

Dr Ramzdhan 18 bulan
General Practitioner

Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:

• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor jika anda risau tentang gejala anda. Doktor akan membuat ujian dan doktor akan memberi nasihat serta rawatan terbaik untuk anda. Jika anda mengalami keracunan makanan, doktor akan memberi ubat sakit perut serta air garam untuk anda. Anda digalakkan untuk rehat serta mengambil minuman yang banyak sehingga keracunan makanan sembuh dalam beberapa hari sahaja. Jika anda mengalami gastrik, doktor akan memberi ubatan gastrik dan juga nasihat tentang cara pemakanan yang tidak menyebabkan gastrik seperti makan menepati masa dan kurangkan pemakanan pedas dan berminyak.

Sekiranya anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Dikemaskini pada: Thu Nov 29 2018 05:32:38 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
DOC Patient Care 18 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Dalam istillah perubatan, gastrik merupakan masalah pengeluaran asid perut yang berlebihan dan dipanggil sebagai gastritis. Bagi keracunan makanan ataupun gastrik boleh menyebabkan sakit perut.

Terdapat beberapa faktor pencetus yang boleh menyebabkan masalah gastritis anda, seperti pengambilan ubat tahan sakit jenis NSAIDs yang berlebihan, pengambilan alkohol yang berlebihan, stres, merokok dan masa makan yang tidak teratur. Bagi gastritis, keaskitan perut ini akan berlaku sekiranya anda selalu mempunyai masalah ini semasa anda tidak mengikuti masa makan anda. Kesakitan perut ini juga bersifat lebih kurang sama bagi setiap kali. Selain itu, anda juga akan mempunyai simptom-simptom seperti kekurangan selera makan, sendawa dan senak.

Bagi keracunan makanan pula, anda boleh mendapat penyakit ini apabila anda termakan makanan yang tercemar. Makanan ini mungkin mempunyai bakteria, virus ataupun parasit. Simptom-simptom keracunan makanan secara amnya berlaku beberapa jam selepas anda termakan makanan yang tercemar tersebut. Simptom-simptom keracunan makanan termasuk loya, muntah, demam, cirit-birit dan sakit perut.

Pada pendapat saya, dapatkanlah pemeriksaan daripada doktor anda untuk mendapat kepastian diagnosis anda.

Dikemaskini pada: Mon Dec 10 2018 08:38:16 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Anonymous
Sakit perut cirit birit Saya tak tahu kenapa saya tiba-tiba sahaja sakit perut dan kerap ke tandas. Baca lagi...
16 bulan
Syira
Saya cirit birit, makan pil sakit perut masih tak baik malam tadi makan cili banyak kot perut saya pedih pagi ni dan cirit 2 kali dah. makan pill sakit perut pun tak elok juga. saya perlu gerak JB tlg bagi ubat elok sikit doc… Baca lagi...
18 bulan
alianur028
Gastrik angin dan keracunan makanan Doktor, saya berumur 17 tahun dan mengalami gastrik angin serta keracunan makanan. Apabila saya pergi ke farmasi untuk beli ubat,ahli farmasi tersebut memberi syg ubat AXCEL EVILINE FORTE. Bagaimana … Baca lagi...
13 bulan
slymerz_shah
Cirit birit dan muntah sehingga keluar cecair kuning yang pekat Haii… Saya lelaki 27 tahun mengalami food poisoning, cirit birit dan muntah2 sehingga keluar cecair kuning yang pekat… Soalan saya, adakah boleh utk saya minum air 100plus jika tidak mengambil sarapa… Baca lagi...
16 bulan
Sulit
Keracunan makanan,tanda tanda Anak perempuan saya berumur 23 tahun,ptg semalam loya,muntah dan cirit berit,mlm ni demam,krnapa demam. Ada kaitan dhn apendik ker Baca lagi...
9 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi