Sulit
2 tahun
Sakit pinggang dan kaki bengkak
Sy wanita dlm 50an . Sy mengalami bengkak di kaki bila berdiri lama dan duduk . Kadang2 pinggang sy juga sakit bila berdiri lama dan membongkok … adakah normal doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, bengkak kaki dan sakit pinggang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit pada hati
- Penyakit pada jantung
- Penyakit urat
- Kencing manis (berjangka lama)
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Perubatan.