
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang, sakit dada, kerap pening kepala
Asalammualaikum dr sy Ika umur 20 tahun. Saya kerap sakit pinggang dah hampir 6/7 tahun dari akhlak rendah lagi and dulu still bole lari skrng mmg xbole buat apa ii dah buat benda berat sikit or berdiri lama ii mesti akan sakit pinggang and rasa nak pitam. Lepas tu sy kerap pening kepala and sakit dada dengan tiba ii. Saya ada check kat klinik then ada buat urine test dr kata kencing kotor and mcm ii lagi result berubah ii. Tolong jelaskan dekat sy bole tak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang. Untuk makluman anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Mengenai masalah pening kepala dan sakit dada yang anda alami mungkin berkaitan dengan kesakitan pada pinggang yang anda alami. Namun, ianya juga boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan lain seperti:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan tepat kepada masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lebih lanjut adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah yang anda alami seperti rasa hendak pitam semakin berlarutan dan mengganggu anda, anda amat dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekali lagi bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!