Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit punggung kanan sehingga ke betis sehingga menyebabkan tulang belakang saya senget

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 10, 2020 6:22 AM

Sulit 8 bulan

Saya wanita berumur 25 tahun mengalami sakit punggung kanan hingga ke betis yang menyebabkan saya sukar untuk berjalan dengn tegak. Saya sudah mengalaminya selama hampir 7 bulan. Saya sudah pergi ke klinik kesihatan sebanyak 3x dan hanya diberikan ubat tahan sakit tetapi tidak membaik. Sejak 2 bulan terakhir ini saya dapati tulang belakang saya sudah senget ke kiri menjauhi bagian yg sakit. Tulang belakang bahagian bawah pula agak melengkung ke luar. Saya sudah ke kk untuk melakukan xray tetapi doktornya kata tidak perlu untuk xray. Apa penyebab sakit saya ini dan apa penanganan yang harus saya lakukan agar sakit saya hilang dan saya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 8 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit punggung kanan sehingga ke betis serta kesengetan tulang belakang ke arah kiri. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak.

Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan sakit punggung hingga ke betis, iaitu:

  • Otot terseliuh
  • Sciatica , dimana saraf kepada otot kaki dan punggung menjadi terganggu.
  • Keradangan pada ruangan sendi atau ruangan cecair sendi (Bursitis)
  • Hernia cakera tulang belakang (penghasilan belon daripada cakera)
  • Penyakit degeneratif cakera
  • Sindrom Priformis. Ini adalah penyakit dimana saraf kepada kaki dan punggung disekat oleh otot Piriformis
  • Kecederaan pada tulang belakang, saraf atau otot.
  • Penyakit penyekatan terowong tulang belakang. (Menyebabkan saraf tulang belakang terganggu)

Mengenai lengkungan tulang belakang anda, kondisi ini lebih dikenali sebagai Scoliosis . Scoliosis ini boleh menyebabkan kompressi atas saraf kepada otot punggung, paha dan kaki dan menyebabkan terasa sakit pada bahagian tersebut. Kondisi ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor:

  • Keturunan
  • Postur badan yang tidak elok
  • Penyakit degeneratif cakera tulang belakang
  • Cakera tergelincir dari rangka tulang belakang (slipped disc)
  • Penyakit neuromuskular seperti spina bifida
  • Keradangan pada sendi tulang belakang (Spondylosis)

Tempuhi aktiviti harian anda yang lasak tanpa menghiraukan masalah sakit tulang dan sendi!

Penyakit yang disebut diatas hanya adalah keterang am mengenai masalah anda. Perasaan sakit pada ruang punggung, paha dan betis selalunnya disebabkan oleh masalah penyakit Sciatica dan ia boleh disebabkan daripada masalah tulang belakang ATAU masalah pengsarafan seperti multiple sclerosis atau jangkitan virus.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diinginkan.
Untuk mengetahui info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Sep 10 2020 06:22:43 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang masalah tangan dan kaki secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19