
balqishasini
4 tahun
Sakit Tangan Jika melakukan kerja berat
Salam Dr.
Saya perempuan berumur 26 tahun. Sejak remaja sekitar umur 14 tahun saya kerap sakit tangan (daripada jari hingga bahu) setiap kali saya melakukan kerja berat atau senaman yang menggunakan tangan seperti tekan tubi. Bisep saya akan mngeras dan berasa sakit. Perkara ini akan berulang setiap kali saya melakukan kerja- kerja berat. Proses pemulihan mngambil masa 2-3 hari sehingga sukar untuk saya melakukan kerja kerana rasa sakit tersebut. Boleh saya tahu msalah sebenar yang saya alami sekarang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini merupakan perkara yang normal. Apabila anda melakukan kerja yang berat lebih daripada yang anda biasa buat, otot anda akan cuba untuk menampung berat kerja yang anda lakukan. Oleh itu, otot anda mungkin koyak sedikit. Anda tidak perlu risau akan perkara ini kerana masa 2-3 hari itu merupakan masa untuk otot anda pulih.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.