
dayahsokor
5 tahun
Sakit tengkuk bahagian kanan
salam sejahtera Dr,
saya mengalami sakit tengkuk sudah lama. kira-kira dalam tempoh 1 tahun. sakit di bahagiian tengkuk kanan dan bahagian bahu kanan serta belakang badan. sakit ini melarat sehingga ke bahagian kaki kanan saya. saya juga ada mengalami sakit kepala di bahagian kanan. boleh saya tahu kenapa dan bahagian mana yang boleh saya rujuk untuk rawatan selanjutnya? Tq Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit tengkuk yang menjalar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- frozen shoulder terkait struktur tulang dan otot di sekitar bahu
- cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi rutin harian dan pekerjaan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Bagi bertemu doktor pakar, anda boleh merujuk doktor pakar tulang (ortopedi) bagi merawat lanjut masalah ini.
Untuk penatalaksanaan awal masalah ini, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.