
Sulit
4 tahun
Sakit tumit . Saya wanita berumur dalam 20 , saya mengalami sakit tumit kedua dua belah semasa bangun dari tidur dan juga semasa nak berdiri
Saya wanita berumur dalam 20 , saya mengalami sakit tumit kedua dua belah semasa bangun dari tidur dan juga semasa nak berdiri . Itu ada masalah rahim ke ? Ada cara untuk memulihkan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan kaki
- Osteoarthritis kaki
- Rheumatoid arthritis kaki
- Septic arthritis
Masih risau dengan sakit kaki Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.